Friday 13 September 2013

(Isu Turun Harga Kereta) Utusan Malaysia Ditemplak Menipu oleh Volkswagen Malaysia, Peugeot, Proton, Perodua & Honda?


   
Email
Utusan Malaysia Harga Kereta
Isu Turun Harga Kereta : Kalau nak baca akhbar yang sarat sarat dnegan cerita yang menghairahkan samada benar atau diada-adakan cerita, baca Harian Metro. Jikalau berminat akhbar yang semakin hari semakin baik olahan dan nukilan beritanya serta sedaya upaya untuk seimbangkan penyampaian berita antara kedua-dua belah pihak, bacalah Sinar Harian.
Manakala jikalau anda teringin benar ingin mengetahui “rahsia” bagaimana sebuah akhbar yang terkenal dengan rekod dan sejarah boleh “tumbang” dalam kes saman fitnah, bacalah Utusan Malaysia. Adakah akan tahu apa sebabnya, kerana yang terbaru……

Konsert Yang Melalaikan Buliih...Ceramah Ugama Tak Buleeeh?...



               Penganjur ceramah Ustaz Azhar Idrus iaitu Kariah Masjid Lama Kg Gajah baru baru ini gusar kerana permohonan permit mereka untuk mengunakan stadium Kg Gajah tidak dibenarkan kerana ada pihak pihak 'tertentu" terlebih dahulu dikatakan akan mengunakan stadium berkenaan untuk menganjurkan konsert hiburan.Ceramah UAI ini diprogramkan untuk diadakan pada 24 hb Feb 2013.Sebenarnay Pekan Kg Gajah kekurangan kawasan yang luas untuk menganjurkan program yang melibatkan orang ramai.Oleh itu stadium adalah tempat yang dianggap paling sesuai.Oleh kerana stadium telah digunakan maka penganjur telah menghadapi masalah untuk mencari tempat lain yang boleh menampung jumlah penduduk yang besar.Kedatangan UAI ke kawasan ini sememangnya ditunggu tunggu oleh penduduk.

               Penganjur dikatakan sedang cuba meminta kebenaran untuk mengunakan sebuah padang kecil di sebelah Balai Polis.Berita kedatangan UAI ini telah diuar uarkan sejak 2 minggu yang lalu.Mana mungkin terjadi kebetulan pertembungan dengan aktiviti untuk mengunakan tempat yang sama.Fikirlah sendiri.Kita tengok mana yang akan menjadi tumpuan.Sabotaj ini lebih menyerupai perbuatan UMNO di Kuala Kangsar,dimana satu konsert Dang Dut telah diadakan di Padang berdepan dengan ceramah Dato Seri Anwar Ibrahim bertujuan untuk menganggu tumpuan penyokong PR.

Msinc-  sesiapa yang memilih untuk menyaksikan konsert hiburan tersebut adalah sebusuk-busuk umat kerana kamu telah disediakan pilihan.Berita lanjut mengenai ceramah UAI ,saya akan updated,teruskan bersama Telok Bakong Online "Saluran Keme Untuk Komer".

Keruntuhan Akhlak Belia Remaja : Isu dan Puncanya.

..

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Keruntuhan akhlak di kalangan belia remaja semakin menjadi-jadi di negara kita ini terutamanya Belia Remaja Islam-Melayu. Seks Bebas, Mat Rempit, Pembuangan Bayi, Penagihan Dadah dan sebagainya lagi cukup sinonim dengan anak-anak muda kita sekarang bahkan remaja bawah umur juga sering kali dikaitkan bersama. Ianya sudah terbukti di dada-dada akhbar yang sentiasa melaporkan berkaitan dengan isu belia remaja ini.

Banyak kajian akademik dan sebagainya telah dibuat oleh mereka yang pakar berkenaan dengan isu belia remaja ini seperti pihak kerajaan, persatuan dan NGO, para cerdik pandai dan sebagainya lagi. Daripada kajian yang telah dilakukan ini telah terbukti bahawa masalah ini mempunyai hubung kait yang luas dengan masyarakat, keluarga, media massa, kawan-kawan dan sebagainya lagi. Apabila masalah keruntuhan akhlak remaja ini dibincangkan secara umum, persoalan yang sering kali menimbulkan tanda Tanya kepada seluruh individu yang terlibat ialah siapa yang harus dipersalahkan dan mengapa perkara ini berlaku…???

Pada pendapat saya sendiri, empat perkara utama yang boleh saya simpulkan bagi menjawab persoalan di atas. Pertamanya, ianya bermula dari kebodohan diri sendiri iaitu melalui perasaan ingin tahu atau ingin mencuba sesuatu perkara yang baru. Perasaan sebegitu sebenarnya adalah baik, namun yang menjadi masalah ialah apabila mereka ini tiada “Guide Line” dari orang-orang yang sepatutnya seperti ibu ayah mereka. Jadi perasaan ini akan membuatkan mereka akan lakukan apa sahaja yang diinginkan tanpa memikirkan baik atau buruknya perkara tersebut.

Keduanya, berhubung dengan sikap keluarga iaitu individu terdekat di sisi seseorang remaja. Saya tidak menyalahkan seratus peratus terhadap sikap keluarga tetapi hanyalah segelintir sahaja yang mengamalkan sikap terlalu mengongkong atau terlalu memberikan kebebasan kepada para remaja ini, juga boleh menjadi penyumbang kepada wujudnya masalah ini. Mereka ini menjadi ahli keluarga yang hanya hidup untuk hidup tapi tidak dipeduli dan tidak diberi input kerohanian, nilai-nilai keagamaan dan mulia yang cukup.
Ketiganya, adalah pengaruh rakan sebaya. Kawan yang baik, boleh membimbing mereka kepada kebaikan, namun jika tersalah memilih kawan, akan mempengaruhi mereka kepada perkara-perkara yang bersifat negatif. Selain itu, sikap remaja turut menyumbang kepada gejala social ini, kadangkala mereka ini terlalu mudah mempercayai orang lain. Contohnya, jika mereka merasakan rakan-rakan mereka lebih rapat dan lebih memahami, dengan mudah mereka akan mengikut apa yang dilakukan oleh rakan-rakan mereka. Mereka lupa bahawa “Kawan juga kadangkala boleh makan kawan”. Dalam keadaan ini ramai para remaja terjerumus ke dalam gejala social.

Keempatnya, adalah pengaruh media massa. Tidak semua apa yang dipaparkan di media massa itu memberikan kesan yang buruk. Namun, ada segelintir program-program dan drama-drama yang memaparkan pergaulan bebas di kalangan remaja, Program-program realiti TV, serta rancangan-rancangan yang bersifat hiburan semata-mata. Contohnya, corak pergaulan remaja yang jauh dari nilai-nilai ketimuran, cara berpakaian yang kurang sopan dan gaya hidup yang mengikut cara barat. Terdapat juga unsur-unsur lucah dan mengghairahkan terdapat dengan mudah di pasaran sama ada dalam bentuk bercetak, CD atau lain-lain. Selain itu, bahan media ini juga mudah untuk diperolehi.
Berdasarkan empat perkara yang diberitahu itu, saya menyeru kepada seluruh mahasiswa terutamanya mahasiswa UTM IC supaya memikirkan apa sebenarnya yang dikejar oleh para belia remaja sehingga berani mempertaruhkan maruah diri, dan sebagainya sehingga berani untuk terjerumus ke lembah kemaksiatan yang sudah terbukti akan keburukannya. Dari pihak Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC sendiri, kita akan bersama-sama berkempen untuk menjaga maruah diri dan memelihara adab sopan dan ketimuran kita. Insyaallah…

“MAHASISWA HARAPAN BANGSA”

MASALAH SOSIAL DI KALANGAN REMAJA: PUNCA DAN PENYELESAIAN



merokok
Pengenalan
Belakangan ini terlalu banyak diperkatakan isu yang berkaitan dengan masalah sosial yang melibatkan remaja. Pelbagai andaian, hujah, cadangan, program dan aktiviti bagi menangani masalah sosial ini diutarakan. Perlakuan sosial yang negatif dalam bentuk devian sosial tidak seharusnya merupakan satu petunjuk ke atas kelemahan masyarakat  untuk membudayakan pembangunan secara positif yang berteraskan prinsip dan nilai-nilai  murni kemanusiaan serta agama.
Pengertian masalah sosial remaja
Secara umumnya masalah sosial  merangkumi berbagai perlakuan  negatif anggota  masyarakat yang tidak membawa sokongan dan keuntungan kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan  dalam sesuatu masyarakat ataupun negara.
Secara perundangan tidak terdapat definisi yang khusus  bagi mengkategorikan remaja. Akta Pekerjaan Kanak-Kanak dan Orang Muda 1996 mentakrifkan  seorang kanak-kanak adalah mereka yang  berada dalam lingkungan umur 10 hingga 14 tahun. Dalam Akta Pengangkatan  1952,  kanak-kanak didefinisikan mereka yang berumur 21 tahun ke bawah.Walaupun setiap akta ini tidak menjelaskan peringkat umur tertentu, secara umumnya dalam membicarakan masalah remaja, golongan remaja yang perlu ditumpukan adalah yang berumur  di bawah 21 tahun dan sebahagian besar daripada mereka masih dalam alam persekolahan.
Statistik Gejala Sosial Remaja
Di Malaysia,  remaja merangkumi lebih daripada separuh keseluruhan penduduk. Oleh kerana bilangannya yang ramai, maka masalah yang berkaitan dengan kelompok ini juga banyak.
Data dan statistik  banyak menunjukkan keruntuhan akhlak di kalanagan remaja di negara ini adalah semakin serius. Mengikut  Pihak Berkuasa Jenayah Bukit Aman (Berita Harian, 22 September 1993) antara tahun 1990 dan 1992 sahaja, seramai 37602 individu ditahan  bagi kesalahan jenayah harta benda  serta kekerasan. Daripada  jumlah ini, seramai 3450 atau 9.17%  adalah remaja dan dalam kalangan  remaja yang diberkas pula, kesalahan yang dilakukan  boleh dibahagikan kepada jenayah kekerasan dan harta benda.
Perangkaan polis menunjukkan, antara kes jenayah yang selalu dilakukan oleh remaja adalah pecah rumah, rusuhan, pergaduhan sesama mereka, salah guna dadah, mencuri basikal atau motosikal (Utusan Malaysia, Januari 1992).
Jenayah yang dilakukan  oleh remaja  bukan hanya berlaku di kawasan bandar raya atau bandar-bandar besar sahaja, malah di merata tempat di seluruh pelusok negara. Sebagai contoh, di Kedah sahaja, sebanyak 307 kes jenayah  berlaku sepanjang tahun 1991. Daripada jumlah itu, 73 kes membabitkan pelajar sekolah. Mengikut pembahagian kaum, seramai 204 kes melibatkan kaum Melayu, 54 remaja  Cina dan 47 adalah remaja kaum India.
Berdasarkan statistik, kes melibatkan remaja jelas meningkat antara tahun 1990 dan 1992. Pada tahun 1990, sebanyak 657 kes dicatatkan, diikuti 830 kes pada tahun 1991 dan 1487 kes pada tahun 1992.
Satu lagi kesalahan yang melibatkan remaja adalah lari atau hilang dari rumah. Pada tahun 1990, terdapat 1578 kes, 1991 (1981 kes), 1992 (2221 kes) dan 1993 (1485 kes).
Dari segi jenayah melibatkan bahan berbahaya seperti dadah psikoaktif, antara tahun 1990 dan 1992, daripada jumlah 22912 penagih dadah  yang ditahan, 2856 orang (12.46%) adalah remaja.
Statistik seterusnya adalah bersabit kesalahan akhlak yang amat serius  dari kaca mata masyarakat Malaysia, iaitu perbuatan maksiat di kalangan  remaja. Menurut Menteri Perpaduan Negara dan Pembanguan Masyarakat, Datuk Napsiah Omar (Berita Harian, 3 Februari 1992), bilangan remaja  yang rosak ahklak masih tinggi. Pada tahun 1988, sebanyak 3978 kes dicatatkan, 4111 kes pada tahun 1989,  3763 kes pada tahun 1990  dan sebanyak 2658 kes sehingga bulan Oktober 1991.
Satu lagi tabiat  remaja  yang menampakkan potensi untuk menjadi gejala yang sukar dibendung adalah kegemaran  mereka membazir masa. Istilah yang popular digunakan kini adalah “budaya lepak”. Satu kajian   di dua buah rumah pangsa  di Kuala Lumpur mendapati sebanyak 90% remaja kaum Cina terus pulang ke rumah selepas sekolah, sebanyak 72% remaja kaum India  berbuat demikian dan hanya 5.8% remaja kaum Melayu pulang ke rumah selepas sekolah (Utusan Malaysia, 11 Mac 1993).
Punca Keruntuhan Akhlak
Daripada data dan statistik yang dibentangkan, terbukti keruntuhan ahklak di kalangan remaja masih pada tahap yang tinggi. Keruntuhan ahklak ini dapat dilihat  dari pelbagai sudut. Antara punca yang dikenal pasti adalah seperti berikut;
1. Salah satu faktor yang dikaitkan dengan keruntuhan akhlak remaja adalah penglibatan dalam jenayah. Remaja yang terlibat dalam jenayah bukan sahaja datang daripada keluarga yang miskin tetapi juga  keluarga berada, malah segelintir daripada mereka berasal daripada keluarga yang  mempunyai latar belakang yang baik.
Justeru, bolehlah dikatakan bahawa punca-punca keruntuhan akhlak  yang utama adalah kemerosotan dari segi asuhan, didikan, bimbingan serta kawalan oleh ibu bapa atau penjaga. Selain itu, tekanan  hidup, sikap mengejar kemewahan serta penglibatan dalam aktiviti sosial lain menyebabkan ibu bapa  dan anak kurang  mempunyai masa atau kesempatan untuk bercakap, berbincang, berdamping antara satu sama lain. Malah  ada yang jarang bersua muka. Keadaan ini menyebabkan remaja membawa cara hidup sendiri tanpa panduan dan pengawasan ibu bapa.
Keluarga yang terlalu mewah cara hidupnya  juga menyebabkan keruntuhan disiplin remaja. Sebagai contoh, ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak kerap memberikan  wang saku  yang terlalu banyak. Perbuatan ini menyebabkan mereka mudah dipengaruhi  oleh remaja lain yang bersuka-suka. Kesan pergaulan  bebas dan terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya  yang rosak akhlak akan memburukkan lagi keadaan. Juga sikap ibu bapa  yang tidak mengambil berat  tentang kelakukan dan pergaulan anak  remaja  mendorong pada kerosakkan ahklak. Remaja yang terlalu awal terdedah kepada alam masyarakat yang mempunyai sikap yang kompleks tanpa bimbingan mencukupi daripada ibu bapa juga merupakan  salah satu faktor keruntuhan akhlak.
Antara punca-punca lain keruntuhan akhlak yang berkaitan dengan hubungan kekeluargaan adalah alam rumah tangga yang tidak teratur, perpisahan ibu bapa, pertengkaran yang kerap berlaku dalam keluarga, keadaan sosio-ekonomi yang sempit, suasana rumah tangga yang tidak harmonis dan tenteram serta tidak keupayaan pihak penjaga mengawasi pendidikan anak-anaknya boleh juga membawa kepada kancah keruntuhan moral.
Justeru, sebagai ibu bapa  dan anggota masyarakat yang bertanggungjawab, kita seharusnya  menjalankan kewajipan dengan merancang  aktiviti, mengenal pasti masalah anak, memberi nasihat,  pedoman, memberikan kemudahan-kemudahan serta mengawal selia anak sepanjang masa.
2. Pengaruh persekitaran, luaran dan media massa juga sentiasa membentuk perilaku  para remaja yang masih mentah dalam menghadapi cabaran hidup. Pelbagai dorongan yang kurang sihat dipaparkan  melalui persekitaran ini yang seterusnya menyebabkan mereka terikut-ikut  dengan pengaruh ini. Lantaran itu untuk memenuhi keinginan ini, mereka merayau-rayau di pusat-pusat membeli-belah, pusat permainan video dan secara tidak langsung terlibat dalam pergaulan bebas.
3. Pengaruh di sekolah juga penting dalam pembentukkan akhlak remaja. Tekanan yang dihadapi pelajar semasa di sekolah kerana tumpuan terpaksa diberikan dalam akademik serta guru yang kurang profesional dalam menangani masalah pelajar yang bermasalah akhirnya menyebabkan pelajar mengambil jalan mudah untuk keluar daripada masalah itu dengan terlibat dengan kegiatan-kegiatan yang kurang sihat. Situasi ini didorong oleh kurang perhatian daripada ibu bapa di rumah.
Cara Mengatasi Masalah
Perbincangan  mengenai keruntuhan ahklak remaja adalah berkisar isu pelajar remaja. Justeru, strategi mengatasi masalah seharusnya ditumpukan pada golongan remaja  ini. Berikut beberapa saranan:
1. Peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang serius terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa mestilah memperhatikan setiap gerak-geri atau pergerakan anak-anak mereka. Ibu bapa   hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasai masalah tersebut. Ibu bapa juga seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka dan sentiasa memastikan anak-anak mereka berkawan dan bergaul dengan mereka yang mempunyai kedudukkan moral yang baik. Selain itu ibu bapa hendaklah menghabiskan sebahagian daripada masa seharian bersama anak-anak mereka dengan memberikan keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap positif terhadap masalah, emosi dan keputusan. Selain itu tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah, sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak. Ibu bapa hendaklah menjadi role modelkepada anak.
2. Pendekatan akademik. Ini boleh dilakukan dengan menambahkan aktiviti-aktiviti berteraskan akademik dan separa akademik  seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolah. Begitu juga dengan perubahan-perubahan teknik-teknik pengajaran seperti penggunaan komputer, video, bantuan alat pandang dengar dan teknik pengajaran luar kelas.
3. Mewujudkan sistem perundangan di sekolah. Peruntukan undang-undang di peringkat sekolah boleh menimbulkan rasa takut di kalangan  pelajar sekolah, di samping mengurangkan beban dan tanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibu bapa  dalam pengawasan disiplin.
4. Penguatkuasaan Undang-Undang oleh pihak berkuasa seperti polis. Bidang kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajar-pelajar. Pihak pentadbir hendaklah mengambil kesempatan dengan merujuk masalah pelajar ini kepada pihak polis.
5. Langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian hendaklah diadakan seperti kaunseling di peringkat sekolah. Kaunseling di peringkat sekolah adalah penting dalam membantu remaja mengatasi masalah mereka. Program ini akan lebih bermakna sekiranya kaunselor-kaunselor yang berkelayakan dan berpengalaman dilantik dalam memantapkan pelaksanaan dan keberkesanan kaunseling tersebut.
6. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlulah memainkan peranan yang penting. Pertemuan yang lebih kerap antara ibu bapa, penjaga dan guru perlu diadakan khasnya bagi pelajar-pelajar yang bermasalah. Ibu bapa seharusnya menerima teguran daripada guru dengan sikap terbuka dan positif. PIBG jangan lah jadi umpama “KUCING TAK BERGIGI, TIKUS LOMPAT TINGGI-TINGGI”
Kesimpulan
Pelbagai langkah boleh diambil dan dilaksanakan, tetapi apa yang lebih penting: ibu bapa mestilah memainkan peranan dan tanggungjawab dalam mengatasi masalah keruntuhan akhlak di kalangan remaja. Dengan kata lain, walau apapun langkah yang diambil oleh mana-mana pihak, tanpa kerjasama daripada ibu bapa, nescaya gejala ini sukar diatasi.

Sunday 8 September 2013

harga minyak ron 95 naik 15 sen

Harga minyak RON 97 naik : Kali ini tiada khabar angin yang berlegar sejak daripada awal pagi. Tiada apa yang perlu dinafikan dari pihak kerajaan. Semuanya berjalan dengan baik dan tanpa sebarang masalah dan kekeliruan di mana baru sebentar tadi presiden Persatuan Pengusaha Petroleum Perak, Lee Chee Seng telah mengesahkannya.
  • Harga minyak RON 97 naik 15 sen menjadikan kenaikan kepada RM2.85, berbanding RM2.70 sebelum ini
  • Harga minyak RON 97 kebiasaanya dinaikkan atas nama ”apungan terurus” berdasarkan harga pasaran minyak dunia
  • Dan harga minyak RON 97 tidak diberikan subsidi langsung.